Portal Rasmi

Majlis Perbandaran Alor Gajah

PERKHIDMATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on print

Akta

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Akta ini digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan.

Pemberitahuan di bawah Seksyen 1 (2) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976

Akta itu pemakaian dalam Negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak berkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri. Menteri disini bermaksud Menteri Kabinet yang bertanggungjawab  dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Pemberitahuan di bawah Subseksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta mengenai penukaran nama dan taraf, dan pengubahan sempadan-sempadan.

Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Akta ini mengadakan peruntukkan bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan & harta bersama yang sepatutnya & bagi perkara yang berkaitan untuk skim strata / harta bertingkat.

Skip to content