Portal Rasmi

Majlis Perbandaran Alor Gajah

PERKHIDMATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on print

Sultan Salai

Jika datang ke Alor Gajah melalui Lebuh Raya PLUS di susur keluar Simpang Ampat terdapat sebuah kedai makan yang menawarkan pelbagai juadah masakan dan yang pastinya juadah utama ialah salai. Tidak jauh dari bulatan Simpang Ampat kedai ini sudah kelihatan dengan papan tanda kuning.  

Ia hanya kelihatan seperti kedai makan biasa, namun sebenarnya kedai ini dan terletak di tepi jalan Kampung Taboh Naning di sini, mempunyai pelbagai menu salai  istimewa serta menjadi sebutan ramai. Kedai makan yang dinamakan Sultan Salai itu, menyediakan lebih 30 menu masakan berasaskan salai dan lauk kampung untuk dinikmati oleh para pelanggan. Antara menu paling mencuri perhatian para pelanggan adalah masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api itik salai, masak lemak cili api ayam kampung salai, masak lemak cili api keli salai, masak lemak cili api talapia salai, masak lemak cili api siput sedut, masak lemak cili api telur itik dan Ulam – ulaman

Galeri

Info Pantas

Alamat

Sultan Salai
Batu 20 Kampung Taboh Naning,
78000 Alor Gajah,
Melaka.

Skip to content