Portal Rasmi

Majlis Perbandaran Alor Gajah

PERKHIDMATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on print

Kubur Inggeris

Latar Belakang Sejarah:

Pada tahun 1829 pemerintahan Inggeris di Melaka telah meminta Daerah Naning membayar cukai sebanyak 1/10 dari hasil tanamannya. Datuk Naning Datuk Dol Siad telah menolak tuntutan tersebut. Disebabkan itu Inggeris telah menyerang Naning pada tahun 1831. Serangan tersebut telah dapat ditewaskan oleh Datuk Naning dan pengikut-pengikutnya yang menentang campur tangan Inggeris.

Pada bulan Mei 1832, Inggeris menyerang Naning buat kali kedua. Walaupun Naning tewas dalam peperangan tersebut Datuk Dol Said hanya menyerah diri pada tahun 1834. Beliau diberi pencen sebanyak 100 ringgit setiap bulan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1849.

Walaupun Inggeris menang dalam peperangan tersebut, ramai dari tenteranya yang terkorban antaranya George Holford Walker beserta kuda dan anjingnya dan disemadikan ditempat ini.

Galeri

Info Pantas

Alamat

Kubur Inggeris
Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Skip to content