Portal Rasmi

Majlis Perbandaran Alor Gajah

PERKHIDMATAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on print

Makam Dato’ Dol Said

Latar Belakang Sejarah:

Lokasinya terletak di Mukim  Naning, Kedudukannya di Belakang Masjid Taboh Naning. Beliau berketurunan dari suku Semelenggang, menjadi penghulu Naning yang ke-9 pada tahun 1801 dan bergelar Datuk Seraja Merah. Pengangkatan beliau dibuat selepas Datuk Anjak (1786-1801) meninggal dunia. Pemilihan serta perlantikan beliau ini ada kaitan dengan hubungan kekeluargaanya dengan Datuk Anjak di mana beliau merupakan anak saudara kepada Datuk Anjak. Datuk Dol Said dikenali juga sebagai Datuk Naning. Beliau menjadi Penghulu Naning pada tahun 1802.

Penentangan Dato Dol Said terhadap British berpunca daripada keengganannya untuk menyerahkan 1/10 daripada hasil pertanian kepada Inggeris sebagai cukai. Beliau berpendapat Naning adalah sebuah wilayah yang merdeka dan tidak perlu membayar cukai kepada pihak Inggeris. Sebaliknya pihak Inggeris menegaskan Naning merupakan sebahagian dari Melaka yang ditadbirnya dan semua peraturan dan undang-undang di Melaka berkutkuasa di Naning.

Akibat keengganan Dato Dol Said membayar cukai tersebut, pada 15 Julai 1831 Inggeris telah mengisytiharkan Dato Dol Said sebagai penderhaka dan menghantar angkatan seramai 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk mnyerang Naning tetapi dapat dipatahkan oleh Dato Dol Said dan para pengikutnya. Sepanjang tempoh 18 hari perang Naning (6 Ogos 1831 – 24 Ogos 1831), Dato Dol Said mendapat sokongan sehingga 1000 orang Melayu.

Walau bagaimanapun, pihak Inggeris tidak mengalah, pada tahun 1832 pihak Inggeris sekali lagi melancarkan serangan ke atas Naning. Namun kali ini Inggeris mendapat bantuan seramai 600 hulubalang dari Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau untuk mengalahkan Naning. Pada bulan Mac 1832, angkatan Inggeris yang diketuai oleh Kolonel Herbert menyerang Naning dan berjaya mengalahkannya setelah menawan Taboh, pusat pentadbiran Naning.

Dato Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada Inggeris dan setelah berunding dengan Inggeris beliau diberikan pencen dan rumah di Melaka sementara Naning dimasukkan di dalam pentadbiran Melaka.

Galeri

Info Pantas

Alamat

Makam Dato' Said
Lot 718, Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Skip to content